Tingkat 2, No. 2, Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603 4251 7745 / 603 4251 7746

Tentang

Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan  yang ada di pasaran. Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.

Ilmu ini boleh disampaikan kepada masyarakat umum melalui beberapa saluran, seminar, radio televisyen mahupun media cetak. Semua pihak harus mengambil peranan dan HIJRAH tampil untuk melengkapkan ilmu ini diseluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

Pengurusan kewangan dari perspektif Islam amat menyeluruh dan dapat dinikmati semua kaum di Malaysia dari aspek pengwujudan harta, pengumpulan harta, perlindungan harta, pembersihan harta serta pengagihan harta. Semuga semua mencapai kehidupan yang terbaik-hayatan tayyibah.  (Surah An-Nahl:97)

Bermula dengan HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd  yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 kini syarikat baru ditubuhkan pada 2007- HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd ( HIJRAH ) tampil meneruskan misi menyampaikan khidmat nasihat perancangan kewangan islam kepada semua. Bertujuan memenuhi permintaan terhadap minat dan kesedaran dikalangan umat Islam tentang kesyumulan hidup secara Islam dalam aspek bermuamalah serta melanggani instrumen-instrumen kewangan Islam.

Teras utama adalah memberi perkhidmatan perundingan secara holistik dalam bidang perancangan kewangan Islam. HIJRAH adalah pelopor dalam Perancangan Kewangan Islam yang menghasilkan  Program “Sijil Perancangan Kewangan Islam” (Islamic Financial Planning Certificate – IFPC ) yang telah diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). IFPC adalah Modul Perancangan Kewangan Islam yang pertama bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

HIJRAH akan terus mengendalikan seminar serta taklimat dalam bidang pengurusan kewangan Islam demi membantu orang ramai meningkatkan tahap celek kewangan mereka dan mengelakkan mereka dari terpedaya dengan skim skim cepat kaya.

HIJRAH telah mendapat tempat dalam media masa elektronik dan cetak tempatan melalui ruangan mingguan di radio KLfm serta bulanan di radio IKIM.fm dan temuduga dalam TV3 , RTM serta ASTRO dan majalah wanita ANIS, majalah SOLUSI serta di akhbar Berita Harian dan Harian Metro.

 

Hajjah Rohani bt Datuk Mohd Shahir

Puan Hajjah Rohani bt Datuk Mohd Shahir ialah Pengasas dan Rakan Kongsi Utama, HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd, syarikat konsultan dalam bidang perancangan kewangan Islam .

Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah kelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University Australia. Sebelum ini beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif, HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, ASNITA dimana beliau juga merupakan separa pemilik syarikat tersebut. Pernah bertugas di sebuah bank selama lapan tahun dan di syarikat American Express tiga tahun sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Telah menghasilkan sebuah buku “best-seller” pada Jun 2005 mengenai perancangan kewangan Islam yang bertajuk ’Cukup Wang Hati Tenang’. Beliau merupakan penulis tetap di beberapa majalah Islam dan wanita termasuk, Anis, An Nur, Muslimah dan Mingguan Wanita,.dan lain-lain. Beliau juga pernah mengendalikan rancangan radio IKIM.fm dalam slot Wanita dan Pelaburan. KLfm juga menemuduga beliau setiap Rabu pagi dalam Tip Ekonomi. Beliau juga sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani dan Bijak Wang TV3. Buku kedua beliau bertajuk ”Kemana Wang Anda” telah diterbitkan pada Mac 2009.

Selain itu beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain Beliau juga pernah ditemuramah di Radio di Radio BBC, London.

Dalam bidang sosial, beliau merupakan Bendahari Kehormat Persatuan Pewarisan Harta Islam Malaysia (PEWARISAN), Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Penaung Persatuan Kebajikan Wanita Rembau, bekas ahli Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, (MPWIM) di bawah YADIM, Bendahari Pertubuhan Anak Melayu Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PAMS).

Oleh kerana kepakaran dan keprihatinan beliau dalam bidang kewangan Islam, beliau telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam, Negeri Selangor dan Lembaga Tabung Warisan Negeri Selangor.

 

Hj Mahdzir Md Isa

Merupakan Pengasas dan Rakan Kongsi Utama HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan dari Universiti Teknologi MARA, memiliki Diploma Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Malaya. Seorang Perancang Kewangan Islam (IFP) yang diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)

Hj Mahdzir Md Isa punyai lebih 25 tahun pengalaman di bidang kejuruteraan, pengurusan dan perancangan kewangan. Pernah menjawat jawatan Jurutera Pembinaan Lembaga Letrik Negara, Pengurus Pemasaran Ibsul Holdings Sdn Bhd, Ketua Jabatan Kursus Retikulasi Gas Institut Kemahiran MARA, Ketua Jabatan Sumber Manusia Gas Malaysia Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Servco Resources Sdn Bhd.

Memiliki kemahiran dan pengalaman dalam sistem pengurusan prestasi. Terlibat secara langsung di dalam program pembangunan organisasi (Organizational Development) dan pengurusan perubahan (Change Management) di Gas Malaysia Sdn Bhd. Beliau memperkenal pendekatan penyelarasan visi peribadi dan visi organisasi.

Beliau telah mengendalikan kursus dan menawarkan khidmat rundingan bukan sahaja kepada syarikat malahan juga kepada organisasi bukan kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad, Autotest Engineering Sdn Bhd, Sri Hira’ Development Sdn Bhd, Airocom Technology Sdn Bhd dan MERCY Malaysia.

Bergandingan dengan Hajah Rohani dalam slot Wanita dan Pelaburan radio IKIM dan pernah menjadi tetamu slot Islam Hadhari TV1, Astro Awani dan Bijak Wang TV3. Merupakan seorang kolumnis ruangan Jejak RM, Majalah Solusi

Beliau juga terlibat aktif dalam kerja-kerja kebajikan melalui organisasi bukan kerajaan. Merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Pewarisan Harta Islam Malaysia (PEWARISAN).

 

  • Sekadar Renungan

    Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan yang ada di pasaran.
    Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.