Tingkat 2, No. 2, Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603 4251 7745 / 603 4251 7746

Program Pemantapan Usahawan

Kesinambungan Perniagaan & Perwarisan Harta

Kursus dan latihan dalam bidang pemantapan para usahawan untuk bergerak kearah mentransformasikan mereka sebagai usahawan pemangkin perlu dilakukan. Cabaran dalam Negara bukan lagi menjadi cabaran utama, malah cabaran diperingkat global harus diceburi.

Semua ini tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya para usahawan masih bergelut dengan keadaan aliran wang tunai yang tidak lancer dan tahap pengurusan hutang yang tidak efisien.Para usahawan yang ingin berhijrah ke tahap ini harus punyai ilmu keusahawanan yang mantap dan khususnya dalam bidang bidang ini:

1)      Kesinambungan perniagaan

2)      Pemahaman seluk beluk pelaburan dan perlindungan

3)      Isu perwarisan harta ke generasi seterusnya

 Sebagai seorang usahawan, pelbagai corak kemewahan dalam kehidupan memang menjadi impian dan buruan sebagai satu status simbol atau kadar membuktikan kejayaan seseorang dalam bisnes yang diceburi. Tidak hairan jika kita melihat ramai usahawan memiliki kereta mewah dan mempunyai rumah mewah untuk dipaparkan  sebagai lambang kejayaan mereka. Tetapi bak kata pepatah, ”langit tidak selalu cerah” dan dalam kitaran hidup  berbisnes kita ada kala kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah.

Ada usahawan telahpun mengalami jatuh bangun dalam bisnes tetapi masih tidak serik dengan tabiat lama seperti pemborosan dan kegagalan menabung dan membina ”sinking fund” atau dana rizab untuk persediaan mengalami cabaran kewangan dalam bisnes. Berpuluh tahun dalam bisnes tetapi masih gagal membina kekukuhan kewangan akibat kegagalan merancang peruntukan dana secara konsisten. Perolehan yang diterima dan laba yang diraih dimasukkan kembali dalam aliran wang tunai bisnes  sebagai ”working capital” dan tiada yang diperuntukan untuk tabungan kecemasan atau dana rizab.

Budaya berhutang pula agak sinonim dengan para usahawan dan disini bermula tabiat mengambil sambil lewa tanggungjawab membayar balik hutang yang diambil. Ada yang beranggapan berhutang itu adalah hak usahawan dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan peruntukan apabila diperlukan. Perancangan kewangan yang rapi harus mengambil kira aspek bayar balik hutang yang diambil malah dari perspektif Islam ini merupakan tanggungjawab yang penting sehingga roh seorang mukmin akan tergantung selagi hutangnya belum diselesaikan. Hutang merupakan perkara kedua yang harus diselesaikan selepas pengkebumian dalam proses pembahagian harta pusaka di Malaysia.

Usahawan  yang tidak menguruskan kewangan secara efektif akan mengalami stres dan ini akan menganggu prestasi bisnes dan produktiviti. Pengetahuan mengenai perancangan dan pengurusan kewangan adalah penting dalam membantu mereka menguruskan kewangan dengan sebaiknya.

Perancangan supaya harta yang dijana melalui bisnes yang mereka ceburi boleh diwariskan kepada generasi seterusnya harus mulai dari sekarang.Maka kami wujud program 2 hari satu malam  ”Kesinambungan Perniagaan & Perwarisan Harta”  khas untuk para usahawan MARA yang akan merangkumi  aspek seperti berikut :

  • Kesinambungan perniagaan – persediaan awal
  • Pengumpulan harta melalui pelaburan
  • Perlindungan harta
  • Penyucian harta dan
  • Pengagihan harta

Kesinambungan perniagaan perlu kepada ketetapan pelan yang khusus kearah pemantapan dana rizab syarikat. Konsep ”going concern” dalam istilah perniagaan harus pastikan yang pengurusan aset atau harta perniagaan teratur. Sebagai pemilik syarikat atau pemilik perniagaan, setiap usahawan perlu memahami nadi perkembangan perniagaannya sendiri dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada akauntannya sahaja.

Dalam mengenal pasti pengurusan kewangan antara aktivitinya adalah  memastikan kesemua sumber adalah halal supaya mendapat barakah, tanggungjawab dalam mengendalikan harta sebagai amanah dalam perspektif Islam, aliran wang  tunai sebagai nadi kesihatan kewangan, penetapan matlamat kewangan dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang, kaedah pengurusan hutang, perlindungan sebagai satu aspek pengurusan risiko serta tabungan dan pelaburan untuk pengukuhan kedudukan kewangan.

Sebagai seorang Islam harta merupakan amanah dari Allah S.W.T, keberkatan rezeki yang diperolehi dan kemana ia dibelanjakan mestilah di utamakan dan setiap di antara individu muslim akan dipertanggungjawabkan. Satu hadith menyebutkan maksudnya alangkah baiknya jika harta yang baik itu berada di tangan orang yang salih.

Hijrah dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan kursus kesinambungan perniagaan dan perwarisan harta khusus untuk:

1. Usahawan MARA

2. Penyewa premis MARA

3. Usahawan yang terlibat dalam 12 sektor NKEA atau Bidang Utama Ekonomi Negara

Antara isi kandungan kursus adalah:

Sebab Kewujudan

  • Misi  & Visi
  • Senario Kedudukan Usahawan Bumiputera
Konsep Pengurusan Kewangan Islam

  • Pengenalan
  • Kaedah Kubah Kehidupan
  • Semak muamalat & Instrumen Kewangan
Memahami Kedudukan Kewangan

  • Analisa Wang Masuk & Wang Keluar
  • Nisbah Kekayaan
  • Nisbah Hutang
  • Nilai Aset Bersih
Kesinambungan Perniagaanv  Peruntukan Dana Rizabv  Masa Depan Perniagaan Anda
Matlamat Kewangan

  • Penetapan matlamat kewangan dan pertumbuhan perniagaan
  • pengiraan ”compounding” dan ”discounting”
  • Perancangan Pelaburan serta instrumen kewangan kearah mewujudkan dana rizab
Pengurusan Risiko

  • Perancangan Perlindungan dan kesinambungan perniagaan
  • Kesan dan akibat sekiranya berlaku musibah
Perwarisan Perniagaan

  • Pengurusan & pentadbiran pusaka
  • Peralihan milik perniagaan
Pengurusan Hutang

  • Tanggungjawab penghutang dalam Islam
  • Tips
Sila hubungi Hijrah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera.

 

  • Sekadar Renungan

    Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan yang ada di pasaran.
    Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.