Kami HIJRAH dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah dalam proses untuk mengembangkan muamalat Islam melalui perniagaan takaful, amanah saham Islam, wasiat serta instrumen kewangan yang berkaitan. Peningkatan kos sara hidup yang semakin ketara menyebabkan kuasa membeli semakin menyusut. Walaupun mempunyai kerja tetap tetapi ramai yang masih bergelut untuk mengimbangi dengan perbelanjaan dan kos saraan keluarga. Persoalan yang mungkin perlu anda tanyakan pada diri anda adalah:
- Adakah saya gembira dengan kerja saya sekarang?
- Adakah pendapatan saya sekarang mencukupi? Atau sudah sempit dipertengahan bulan?
- Adakah saya ingin melakukan pekerjaan sekarang sepanjang hayat saya?
- Adakah saya positif dengan peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya saya sekarang?
- Adakah pendapatan saya akan meningkat 5 kali ganda dalam masa 3 tahun?
- Adakah saya tergolong dalam golongan miskin bandar?
- Inginkah saya menjadi seorang yang memiliki perniagaan sendiri?
Peningkatan kualiti kehidupan tidak boleh tidak ianya ada kaitan dengan tahap kewangan. Bagi membantu anda mencapai matlamat dan kesempurnaan dalam kehidupan, sukacitanya kami menjemput anda menghadiri sesi taklimat dan perkongsian yang dijadualkan:
Tarikh : 16 Oktober 2011
Hari : Ahad
Jam : 10.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Pejabat Hijrah Wealth Management Sdn Bhd
Rebutlah ruang dan peluang ini untuk buktikan andalah orang yang kami cari. Sila hubungi kami di talian 03-42517745/46 atau fax 03-42517740 untuk pengesahan kehadiran.
