Tingkat 2, No. 2, Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603 4251 7745 / 603 4251 7746

Perancangan Perlindungan

Perlindungan adalah penting kerana semua kita terdedah kepada risiko.

  • Kemalangan

Adakah anda tidak pernah dan tidak akan menggunakan jalan raya? Adakah anda pasti perjalanan anda akan sentiasa selamat? Bagaimana anda dapat memastikan bahawa keluarga anda tidak akan merana disebabkan kemalangan yang anda hadapi?

  • Penyakit Kritikal

Penyakit kritikal boleh menyerang pada bila-bila masa!  Adakah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sahaja dapat memastikan kita tidak berhadapan dengan penyakit kritikal?

  • Hilang Upaya Kekal

Apabila berlaku hilang upaya kekal, anda tidak lagi boleh bekerja. Tanpa bekerja anda kehilanganpendapatan anda! Bagaimanakah anda ingin memenuhi tuntutan perbelanjaan kehidupan semasa, sedangkan anda tiada pendapatan?

  • Kematian

Adakah anda bersedia dari segi perlindungan kewangan untuk keluarga anda apabila menghadapi kematian kelak? Adakah anda mahu kematian anda menjadi beban keluarga anda?

Adakah anda ingin keluarga anda mengalami kesulitan kewangan dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kesedihan tanpa orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi sekiranya anda meninggalkan beban hutang.

“  Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Tetapi jika mereka keluar (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu…

Al-Baqarah 2:240

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang (yang menjadi penjaganya), jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. Oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar.”

Surah Al-Nisa’ : 9

“Sesungguhnya lebih baik engka meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engka tinggalkan mere dalam keadaan meminta-minta”

(Riwayat Imam Muslim)

Persoalannya berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan? Apakah pelan perlindungan yang sesuai? Apa harus dilakukan sekiranya sudah memiliki pelan perlindungan insuran yang tak Islamik?

  • Sekadar Renungan

    Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan yang ada di pasaran.
    Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.