Tingkat 2, No. 2, Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603 4251 7745 / 603 4251 7746

Perancangan Pelaburan

Perancangan pelaburan bergantung kepada matlamat kewangan  anda dan kesanggupan anda untuk mengambil risiko. Pemantauan yang berterusan adalah  perlu  bagi memastikan pencapaian matlamat  seperti yang dijadualkan. Dalam merangka perancangan pelaburan, perkara yang perlu diambil kira:

  • Matlamat pelaburan anda, antara matlamat yang menjadi sasaran antara lain adalah :
    • Perkahwinan
    • Membeli kereta
    • Membeli rumah
    • Tabung pendidikan anak-anak
    • Menunaikan haji
    • Tabung persaraan
    • Dana waqaf
    • Percutian
    • Strategi pengagihan aset untuk mencapai matlamat pelaburan

Pengagihan asset bergantung kepada tahap pengambilan risiko dan sasaran pulangan yang munasabah bagi mencapai matlamat kewangan di atas. Adakah anda seorang yang mempunyai tahap pengambilan risiko yang tinggi, sederhana atau rendah?

  • Jenis-jenis produk atau instrumen pelaburan bagi mencapai matlamat anda

Terdapat berbagai intrumen pelaburan yang ada di pasaran samaada saham, amanah saham, hartanah, emas dan sebagainya. Persoalannya sebagai pelabur runcit, sudahkah kita memiliki ilmu dan kemahiran untuk memilih instrument yang sesuai dan menepati syariah?

Dalam usaha mencari dan mengumpulkan harta perlulah ianya dilakukan dalam kontek ibadah kepada Allah SWT dan bebas dari sumber yang haram seperti riba. Allah SWT berfrman:

”Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila., yang demikian itu kerana mereka berkata jual beli itu sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…..”

Al-Baqarah 2:275

”Wahai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkan perang dari Allah dan Rasul. Tapi jika kamu bertobat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) tidak dizalimi (dirugikan)”.

Al-Baqarah 2:278-279

  • Sekadar Renungan

    Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan yang ada di pasaran.
    Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.